Friday, December 14, 2012

BAHAGIAN 2 : CERAGEM MASTER

Assalamualaikum. hai hai hai, annyeonghaseyo! selamat malam semua. malam ni nak story pasal 3ball. haa, ape pulak lah 3ball ni kan? sabar. akan dihuraikan kejap lagi okay.

sebelum tu, nak story pasal tadi. tadi pergi ceragem dan kebetulan mase tu boss punye class. so macam menarik jgk lah kann. mane taknye, boss kan. mesti dia lagi pakar dan banyak ilmu yang akan disampaikan. 

so, saya tertarik pasal persamaan diri kita dgn alam semulajadi. unik sgt. okay, korang semua mesti tak pernah amik tahu pasal ni kan? k, look. saya nak ulang balik ape yang bos sampaikan tadi.
   
okay, dalam 1tahun ade 12bulan dan persamaan dgn badan kita ialah dalam badan kita ade 12 chi line. seterusnya, dalam sehari ade 24jam dan tulang belakang kita ade 24sendi. dalam sehari ade pagi, petang dam malam (3bahagian) dan tulang belakang kita pun ade 3 bahagian iaitu tulang tengkuk (7sendi), tulang tengah (12sendi) dan tulang pinggul (5sendi). dalam setahun ade 365 hari, dan badan kita juga mempunyai 365 chi point. akhir sekali suhu normal bagi badan kita ialah 36.5°C. unik kann? 

jadi, hargailah badan kita sebaiknye. badan kita ni akan berkhidmat untuk diri kita selagi hayat kita masih ade. *puitis kann?* hehe

okay, masuk balik pasal 3ball. 3ball atau 3bola ni merupakan alat tambahan bg ceragem master. kegunaannye sama macam 9ball tapi kelebihan 3ball ni mampu menyembuhkan penyakit dalaman, insyaallah. maksud penyakit dalaman ni ialah penyakit seperti " buasir, sembelit, kencing takleh control, prostate (bagi kaum ayah), kanser rahim (bagi kaum ibu), senggugut dan sewaktu dgnnye. 

cara penggunaan 3ball ni hanya dgn kita duduk atas dia. dan perlu pastikan kedudukan 3ball ni dalam keadaan yang betul lah. terutama bagi kaum ayah. kene adjust bagi betul dulu. takot kalau silap langkah, sakit lain plak yg dpt. hehe.

tak jumpe plak pic 3ball tu saje. ade pic dia ngn 9ball. takpe laa, okay. yg tengah tu lah 3ball.




 dekat centre bangi, rawatan 3ball ni hanya setiap hari khamis. not so sure how about the other centre. maybe same je kot hari khamis. rawatan 3ball ni pon same macam rawatan asas. 40minit. lepas 40minit buad rawatan asas berbaring, lepastu tambah lagi 40minit duduk utk rawatan 3ball.

okay. nak cerita pasal mak saya. mak saya ade batu karang dalam buah pinggang dan telah menjalani pembedahan pada bulan 12 tahun lepas. sebelum operate tu dah merata jgk lah pegi berubat. pergi melaka tempat yg popular katanye, berubat pulak kat sungkai, kat negeri sembilan tapi bila pergi scan, batu tu masih ade. asalnye dpt tau mak ade batu karang sbb mak ckp air kencing mak keruh sgt. so bwk pergi klinik, doktor ckp kencing kotor. bila dia buat ultrasound barulah tau ade batu karang. then dia bg ubat pecah batu. time tu saiz batu tu kecik lagi. dlm 1.7cm. so makim lama mcm takde perubahan, doktor klinik tu bg surat suruh refer to hospital.

bila dah refer ke hospital, tau jelah. tambah2 hospital kerajaan, nak tunggu ke appointment tu masyaallah punye lah lame. sampai mak pun dah give up. dia ckp "hospital ni sengaja nak lambat2, nak tunggu batu ni dah besar pastu nak operate. yelah, nak duit je". haha, then bile buad ct scan, mri, ultrasound, doktor kate mmg betul ade batu tu. time tu kecik lagikan, so doktor nak laser tapi mak takna. time tu nak puasa so mak suruh tunggu habis puasa dulu. 

then lepas puasa doktor ckp batu dah makin besar, time tu dah 4.9cm. so doktor ckp kalau nak laser pun dah tak bole, takde care lain, operate jelah. tapi mak cm takut jgk. so nak sedapkan hati, sehari sblm operate ktorg pegi ke SJMC buad ct scan. bile dah buad tu, org SJMC tu pon ckp baik operate je sbb buah pinggang mak dah makin membengkak. so teruskan jgk operate. 

bile dah operate, doktor ade ckp, 80% drp batu dah keluar, dan lagi 20% akan keluar melalui air kencing. so, bile mak saya buad 3ball dkt ceragem ni alhamdulillah, haritu (tak ingat berapa haribln) batu tu keluar melalui air kencing. mcm tak percaya pon ade. terus bwk batu tu pergi ceragem. teruja. dan sekarang mak ckp sakit pinggang mak dah kurang dan bila buang air pon dah tak sakit. alhamdulillah.

sekarang ni pon mak masih buad 3ball sbb nnt nak buad ultrasound semula. nak tau sama ade batu tu ade lagi ke tak. harap2 dah takde lah kann. amin ya rabb.

so pada sape yang ade mslh yg berkaitan, bole dtg ke mane2 centre utk mencuba sendiri 3ball dan lihat perubahannya. jgn risau! tak kene bayar ponnn. 


*oh ye, entry yang haritu nmpknye dah ade yang berminat. siap mintak alamat lagi. so ni alamat utk centre bangi :

No 105 A, jalan 8/1 seksyen 8, 
Bandar Baru Bangi,
Bangi, Selangor

03-89274293

dtg bwk satu kampung tau! hehe. 

ok la tu dulu. tunggukan cerita lain tentang ceragem ni okay!
saranghae <3

 

6 comments:

  1. terima kasih. menarik, insyaallah nnti akan pergi ke ceragem ni. nak merasa sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. datang lah. bawak satu keluarga. ada byk manfaat :)

      Delete
  2. salam...sy ada mslah batu karang di pundi kencing...dah buat operation tapi batu tu masih ada...dah pergi buat rawatan tradisional tapi xde perubahan...rasa mcm menarik info ni...saya duduk di kajang tapi xpenah tahu psal ceragem...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. insyaallah dengan penggunaan rawatan 3ball ni, masalah yg dihadapi akan dpt disembuhkan. dah dekat dah tu. ceragem ni dekat seksyen 8, dpn PKNS. wajib dtg dah tu :)

      Delete
  3. salam..akk pun dah mula jd pengunjung setia ceragem bangi..lepas kerja rushing ke bangi...alhamdulillahyang penting skang ni tangan akk dah xlenguh dan sengal lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. yeke? bagus laaa :) teruskan k. btw, akak pengunjung ceragem mane ye?

      Delete